Aku mulakan kisah hidup aku ni pada hari raya aidilfitri 13 oktober 2007 yang lepas bersamaan dengan 1 syawal 1428 hijrah. Pada pengetahuan aku, masa tu ummi dengan ayah aku terpaksa beraya di KL sebab perut ummi dah besar sangat dan dia tak larat nak jalan jauh-jauh. Jadi pada pagi hari raya tu, ayah ajak le ummi beraya kat rumah jiran-jiran di Taman Sri Buloh je.. Lepas tu pegi le pulak ke rumah sepupu ummi, Makcik Wani kat Serdang..
Sampai sana ayah makan pulut dengan rendang banyak sangat hingga mengantuk. Ummi pun sama makan banyak pastu kena masuk bilik air sebab sakit perut kenyang sangat. Tiba-tiba Ummi panggil ayah yang baru nak lelap atas sofa season Makcik Wani tu bagitau sakit perut lain macam pulak rasanya. Aku agak masa tu aku dah tak sabar nak keluar dari perut ummi tengok muka diorang berdua ni...
Ayah pun bila dengar je ummi cakap sakit perut lain macam tu, terus je bangun papah ummi turun kat tempat parking, letak ummi dalam kereta, start, pecut ke Hospital Kuala Lumpur. Dalam kereta ummi asyik mengeluh sakit.. Nasib baik hari tu jalan tak sibuk sebab cuti raya. Sampai hospital je, misi bawak ummi pegi check dan time tu jugak diorang bawak ummi masuk dalam wad. Katanya dah terbuka jalan lebih kurang 3cm..
Saturday, December 29, 2007
Saturday, December 22, 2007
AKTIVITI HARIAN
Subscribe to:
Posts (Atom)